Friday, November 26, 2010

bersenam (jogging) pagi di putrajaya

salam 1 Malaysia,

Putrajaya adalah tempat yang sesuai untuk berkerja kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan.

Bayangkan sekiranya pergi kerja tertekan dengan keadaan jalan raya, ditambah dengan tekanan di tempat kerja dan balik juga ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas. sampai di rumah makin tertekan menyebabkan mungkin ramai yang tidak senyum apabila sampai di rumah.

Tetapi di putrajaya hal ini tidak berlaku. saya angap ini adalah pujian untuk mana-mana agensi yang terlibat dalam pembentukan dan pembangunan Wilayah ini.

Perkara yang paling bagus yang dapat saya lakukan di sini adalah jogging. kemudahan yang tersedia ada di setiap presint dan tidak terkecuali di presint 20, anda juga boleh berjalan-jalan dan berlari di sana.. hahaha

Aktiviti ini dapat memberi ketenangan khususnya apabila saya melakukannya di waktu pagi dalam lingkungan 5.45 - 6.30 pagi. Memulakan hari dengan menghirup udara segar sambil bersyukur dengan apa yang saya lihat.. wow..sangat indah.

ya.. Putrajaya, tempat yang dapat memberi ketenangan dan kesihatan tubuh yang baik. anda yang mendapat penempatan di sini, tidak perlu risau dengan bayangan masalah yang ada di fikiran anda kerana wilayah ini sesuai untuk tinggal dan berkerja.

Parkir Di Putrajaya

Putrajaya adalah wilayah yang membangun dengan cepat, segala kemudahan dan binaan bangunan serba moden.

walaubagaimanapun keadaan yang indah itu dicacatkan dengan satu perkara asas iaitu parkir.

kalau anda bertanya kepada mereka yang tinggal atau pernah berada di putrajaya, maka aduan yang sama akan anda terima atau dengar iaitu... parkir/ tempat letak kereta. tidak ada atau susah cari parkir. lebih mudah dikatakan tempat yang disediakan tidak mencukupi.

Siapa yang patut menyelesaikan masalah ini..?  pemaju putrajaya? pbt? atau.. anda sendiri?

bagi saya, semua boleh menyumbangkan peranannya masing-masing.
berfikir dengan positif dan lakukan peranan anda